Kelas buttercream bersama Ima

Friday, 7 December 2012 0 comments
Ok selepas selesai kelas pertama tadi...saya sambung pulak dengan kelas buttercream dengan ima..\
Senang berurusan dengan ima ni..Tak banyak kerenah.Ok jer apa yang saya cakap.hehe
Die nak belajar buat buttercream dan deco guna nozzle..



cantikkan....kemas jer..

So inilah hasilnya....Thanks ima..

KELAS PERTAMA di SANTAI BAKERY

0 comments

Salam semua
Ok hari ni saya menapak selangkah lagi kehadapan dengan mengadakan  kelas bagi yang berminat untuk belajar sendiri bagaimana untuk membuat crepe...Alhamdulillah cubaan pertama saya berjaya dan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Cuak jugak masa mula-mula nak buat kelas ni maklum lah tak biasa..Tapi alhamdulillah dengan sokongan suami dan dengan sedikit pengalaman yang ada  semuanya dipermudahkan.Kelas bermula pukul 9pagi dan habis pukul 1.00ptg.Lepas ni customer saya dah boleh order dengan student saya ni pulak..kadang2 tak menang tangan saya nk siapkan dc setiap hari.
Insyaallah jika masih ada yang berminat untuk menghadiri kelas, sila maklumkan pada saya ok.
Terima kasih pada semua student yang terlibat.
 

tasha...cubaan untuk membuat crepe

Kak yati pulak mencuba nasib...


Ini 1st time ina makan durian crepe...

dari kiri ina,kak raihan,tasha dan kak yati
Terima kasih semua...

Repeat order dari Puan Latipah

0 comments
Salam
yang ni puan latipah tempah untuk majlis akikah cucunya.Terima kasih kak sudi order dengan saya lagi.Maaf juga sebab tak dapat hadir jemputan majlis akikah ni..ada hal yang tak dapat dielakkan.

50pcs muffin coklat

50pcs cupcake red velvet

Terima kasih kak latipah..

Pavlova dan creampuff tempahan dari Wanie

0 comments
Salam..
Yang ni tempahan dari wanie.Kalau tak silap untuk kenduri rumah emak saudaranya..



thanks wanie

Lagi Pavlova rm10

0 comments

Semua pavlova ni dah sold out...Sajer bagi cuci2 mata hehe
terliur tak...hikhikhik

must try...RM10 sahaja

Red velvet cake,pavlova dan durian crepe..Tempahan dari Nazri

Tuesday, 4 December 2012 0 comments

 Salam
Untuk ketiga tiga tempahan nie nazri dah order awal seminggu untuk besday kakak die..Sangatlah bagus kan.Siap ingatkan saya hampir setiap hari sebelum tarikh ambil tempahan.Die mintak tambahkan creamcheese untuk red velvet dan tukar buah buahan kat pavlova tu digantikan dengan nenas dalm tin,laici,kiwi dan peach...saya derhaka sikit bubuh strawberry sikit.hehe bagi naik seri la kan...macam pucat jer...

Tak sampai 1 jam die dapat kesemua tempahan nie...ini sms yang die kirimkan pada saya...Sangat mengujakan..Senyum meleret la saya satu hari kan...


sms dr customer..
nazri...

"Lyn i got already my order thanks ya.. Im crazy durian crepe..my mom as well rase dan tekstur dia awsome.. Quality no one...red velvet yummy..a lot of cream as i wish. .and pavl9va with laici pineaple...oh my u should try sedappppp giler...that one my feveret ever.. for sure i will repeated my order in future.. Thanks for a quality pastry that u r provide and worth it for money."



 sms kedua dr nazri..

"Seriously sedapp laici with nenas rase dia eksotik...kombinasi tepat... My mom dh habis satu pack durian crepe tu...seolah memakan dua ulas isi durian musang king dlm sebiji durian crepe tu...red velvet sweet sour best sgt.."


Alhamdulillah...customer puas hati..siap suggest pada yang lain untuk cuba pavlova buah buahan baru...Tiada lagi anggur,oren dan strawberry....Insyaallah saya akan perbaharui pavlova dengan idea baru ini untuk anda semua.
Thanks ya

Ada rezeki panjang umur...order lagi ok:)


pavlova yang rasanya eksotik sangat...macam mana  rasa eksotik?jom cuba...:)


red velvet with extra creamcheese

yummy.....

 tq

 

Pavlova tempahan dari sis durian crepe (nama lupa)

0 comments
Salam..
ini adalah pavlova dari customer yang dah tiga kali repeat order pavlova ni.Dan setiap kali order pavlova of course die akan order sekali dengan durian crepe.Thanks sis sebab tak jemu order dari saya walaupun saya terlupa buat pavlova ikut tarikh yang die order.sorry:)


 tq sis..