I'M BACK......

Wednesday 18 December 2013 0 comments
Assalammualaikum semua..
Sekian lama meninggalkan laman blog ni...bersawang-sawang dah saya tengok.....hihi
Apa khabar semua....apa khabra customer saya...Semoga sentiasa sihat dan ceria seperti biasa..
Lama menyepi bukanlah maknanya saya tak buat apa-apa...Saya ada cuma lebih memberi tumpuan kepada baby kecil yg diberi nama AIRIS ZARA..Baru berusia 3 bulan.Masih terlalu awal untuk saya tinggalkan die dekat nursery...So hasil perbincangan denga suami...Biarlah dulu saya jaga sehingga die besar sikit..At least sampai umur 6 bulan then barulah boleh nak sambung "membaking" hihihi...
Nak tengok baby baru tak...jommmmmm

masa nih baru keluar dari labour room

Si abang dengan nek wan..

bam..bam..3.8kg





good girl zara...


Masa ni 1st time die jumpa papa..so sweet zara..


Sepanjang pregnent memang saya pilih INS untuk chek up dan bersalin..Mesti ramai tahu kot sebab utama kat situ ada pakar bidan DR ANUAR HUSAINI..bagus Dr ni..Memang dari abang die dulu memang kitorang follow jer die..Start dr MAHSURI kat Jitra....PMC sampailah sekarang INS..Tapi nak compare antara semua tempat INS macam kurang selesa sikit tempat die...kecik.Tapi walau apa pun yang penting sekarang dah selamat semuanya.Baby pun dah masuk umur 3 bulan...

Jom tengok lagi perkembangan usia zara...

Rambut lebat tau...masa ni dalam pantang lagi.

Comel tak saya...:)

Opss...sedikit selingan ni gambar aufa masa die tunggu mama kat labour room.Good boy

Aufa tunggu mama kat bilik..

Muka siapa yer...

Ini semua gambar semasa berpantang..

Ok...ini sahaja dulu yer..nanti kita cerita lagi....Buat sementara waktu nih...kita layan dulu cerita-cerita baby dan kehidupan mejelang 2014 cewahhhhh..Baking...cake...durian crepe...pavlova..class dan yang seangkatan kita sambung nanti k.

Usia anak dari selepas bersalin sehingga ke satu tahun adalah saat yang manis sangat.Sayang sangat kalau terlepas saat ini.So saya ambil keputusan untuk melihat sendiri perkembangan mereka di depan mata saya.Mana mungkin saat ini saya biarkan anak saya diasuh oleh orang lain...Family 1st.Tak ramai parents yang ada kualiti masa untuk diluangkan bersama anak.Rugi rasanya kalau dibiarkan saat ini berlalu mcm tu sahaja....Best tau...

Sekian...











BEREHAT SEKETIKA.....

Sunday 3 February 2013 0 comments
Salam semua..
Lama dah saya tak update blog.Tujuan entry ini ditulis adalah untuk memaklumkan kepada semua customer saya bahawa buat sementara waktu ini saya akan berehat seketika dari mengambil tempahan.Banyak panggilan yg saya terima dari customer..maaf sekali lagi kerana tidak dapat memenuhi kehendak anda semua buat sementara waktu ini
Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog ini  dan tak jemu bertanyakan tentang durian crepe,kelas serta tempahan lain.... Insyaallah ada rezeki nanti saya akan buat balik k.
Alhamdulillah...tahun ini rezeki kami bertambah...Seorang lagi cahaya mata akan lahir tahun ni.
Kandungan kedua yg mencecah usia 6minggu ini perlu dijaga sebaiknya...Doktor juga menasihatkan saya untuk berehat buat seketika memandangkan tekanan darah saya rendah dan mengalami sedikit alahan.Insyaallah selepas kesihatann saya pulih sepenuhnya saya akan beroperasi semula seperti sediakala.Segalanya saya akan maklumkan dilaman blog ini.
Sekian
tq:)






TERBARU...STRAWBERRY CREPE,BLUEBERRY CREPE,JAGUNG CREPE DAN PEACH CREPE...

Tuesday 15 January 2013 0 comments
Salam semua...
Hari ini saya ada buat strawberry crepe,blueberry crepe,jagung crepe dan durian crepe.Sesiapa yang berminat sila hubungi saya segera.Lynn 0195566558
1pack rm10 ada 4 pcs...
tq:)

UPDATE TERBARU KELAS DI SANTAI BAKERY

Tuesday 8 January 2013 1 comments

KELAS CREAMPUFF DAN PAVLOVA

TARIKH: 18/01/2012 (JUMAAT)
YURAN: RM100
MASA:9 PG HINGGA SELESAI
DEPOSIT RM50 BANK IN KE ACC
 MAYBANK NOORAZLYN MD RADZI


KELAS PAVLOVA

TARIKH: 18/01/2012 (JUMAAT PTG)
MASA: 3-5PTG
YURAN:RM65
BANK IN FULL PAYMENT KE ACC
 MAYBANK 158097716440.
 NOORAZLYN BT MD RADZI



KELAS CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE

TARIKH:19/01/2013(SABTU)
YURAN:RM65
MASA 9PG HINGGA 12 TGH HARI
BANK IN FULL PAYMENT




KELAS CREAM PUFF DAN DURIAN CREPE

TARIKH:25/01/2013 (JUMAAT)
MASA: 9PG HINGGA 12 TGH HARI
YURAN:RM100
DEPOSIT:RM50
BANK IN FULL PAYMENT KE ACC
 MAYBANK 158097716440.
NOORAZLYN BT MD RADZI




KELAS EVERGREEN CAKE
(kek tradisional dulu2 mak2 kita suka buat tu...yg ni khas bagi sesiapa yg baru nak mengenali dunia masakan kek.Walaupun die kelas basic tapi kelas ni sangat penting tau.Sebab ramai lagi yg masih mencari kek  tradisional ni terutama sekali dimusim perayaan.Jom lekas bagi nama booking untuk kelas ni..

 JENIS KEK: KEK MARBLE,KEK CHOC SUPERMOIST,
CHOC CUPCAKE,MILKY CUPCAKE
TARIKH: 25/01/2013 (JUMAAT PTG)
YURAN:RM1OO
MASA:3PTG -5 PTG
DEPOSIT:RM50 BANK IN KE ACC
MAYBANK 158097716440.
NOORAZLYN MD RADZI


SEMUA KELAS AKAN DIJALANKAN SECARA DEMO.

Minimum student dalam setiap kelas 5 orang.Saya berhak 
membuat pindaan tarikh sekiranya penyertaan tidak mencukupi.Semua student hanya perlu membawa pen dan bekas sahaja untuk membawa pulang hasil.Pembatalan kelas hendaklah dibuat 3 hari sebelum kelas bermula.Deposit akan dikira burn(hangus) sekiranya pembatalan dibuat di saat akhir

TQ

Durian Crepe untuk hari ini..Siapa nak datang cepatttt:)

Monday 7 January 2013 0 comments
Salam semua.
hari ni saya siapkan 40packs sahaja durian crepe..
Jadi siapa yang nak sila hubungi saya segera..
Sesiapa yg ambil 5 pack ke atas akan dapat 1 slice carrot cake secara PERCUMA...
PERCUMA......ok..
 Tapi kalau ada yg nak rasa carrot cake dengan cream cheese ni pun boleh...RM5 sahaja/slice
mai...mai...maiiii


Ini carrot cake yg akan saya korbankan sekejap lg bagi yg membeli durian crepe 5packs ke atas.


Durian crepe....@ Alor star kedah

RM5/slice

teksture kek yg gebu...lapisan cream cheese yg enak..sila dapatkan hanya di SANTAI BAKERY

FAST SALE!!!! RM50 sahaja sebiji cake...

Saturday 5 January 2013 0 comments
Salam..
untuk mempercepatkan proses menghabiskan stock cake dalam peti ais...saya buat fast sale sebiji cake dengan harga rm50 sahaja sebiji untuk carrot cake,snowy peach dan pecah heaven cake...Siapa cepat die punya...jom layan gambar..berminat sms 0195566558

carrot cake with cream cheese


pecan heaven cake


snowy peach cake


FAST SALE!!!!!

0 comments
Salam semua..
Seperti yang saya janjikan semalam hari ni ada fast sale untuk 3 jenis cake...
pecan heaven cake,snowy peach cake dan carrot caek..Setiap cake potong 10pcs..RM6/pcs.Sesiapa berminat sila call 0195566558 selepas jam 2.00ptg.Sesuai sangat unutk sesiapa yang baru nak mencuba keenakn 3 jenis cake ini..Siapa cepat die punya...Utk creampuff.eclair dan durian crepe dah ada yang booking...Maaf ye:)

Pecan heaven cake

Snowy peach cake

Carrot cake with cream cheese

Jom dapatkan slice kek anda ptg ini...Yummyyy

SELAMAT TAHUN BARU 2013....

Friday 4 January 2013 0 comments
Salam semua selamat tahun baru 2013...semoga apa yang dihajatkan tahun 2012 telah pun tercapai...dan menanam azam yang baru untuk 2013 pula....ok sempena tahun baru ini saya akan buat FAST SALE!!!!!

Ini adalah antara yang ada di santai bakery esok;

-Carrot cake
-Snowy peach cake
-Pecan Heaven cake
-Pavlova
-Durian crepe
-Cupcake
-Creampuff

Siapa cepat die punya ok.Esok baru saya akan tayang gambar :)
Jumpa esok