Showing posts with label Durian crepe. Show all posts
Showing posts with label Durian crepe. Show all posts

TERBARU...STRAWBERRY CREPE,BLUEBERRY CREPE,JAGUNG CREPE DAN PEACH CREPE...

Tuesday, 15 January 2013 0 comments
Salam semua...
Hari ini saya ada buat strawberry crepe,blueberry crepe,jagung crepe dan durian crepe.Sesiapa yang berminat sila hubungi saya segera.Lynn 0195566558
1pack rm10 ada 4 pcs...
tq:)

Durian Crepe untuk hari ini..Siapa nak datang cepatttt:)

Monday, 7 January 2013 0 comments
Salam semua.
hari ni saya siapkan 40packs sahaja durian crepe..
Jadi siapa yang nak sila hubungi saya segera..
Sesiapa yg ambil 5 pack ke atas akan dapat 1 slice carrot cake secara PERCUMA...
PERCUMA......ok..
 Tapi kalau ada yg nak rasa carrot cake dengan cream cheese ni pun boleh...RM5 sahaja/slice
mai...mai...maiiii


Ini carrot cake yg akan saya korbankan sekejap lg bagi yg membeli durian crepe 5packs ke atas.


Durian crepe....@ Alor star kedah

RM5/slice

teksture kek yg gebu...lapisan cream cheese yg enak..sila dapatkan hanya di SANTAI BAKERY

Mini pavlova dan durian crepe..

Monday, 3 December 2012 0 comments



Macam biasa gambar durian crepe saya lupa nak ambil algi.Jadi unutk sesiapa yang nak kahwin dan berminat untuk jadikan mini pavlova ni sebagai hidangan pencuci mulut bagi pihak pengantin lelaki sila hubungi saya ok.Cantik sangat untuk hidangan pengantin kan.Selain mini pavlova ni creampuff dan durian crepe juga sesuai untuk hidangan pencuci mulut pengantin.Idea best ni...ader catering2 yang berminat tak?hik hik hik...yang penting semua ni ken aduk dalam peti ais baru best makan time cuaca panas...

PENTINGGGGG...Jadual baru untuk pick up durian crepe

Wednesday, 28 November 2012 1 comments
Salam n alooo semua
Hehehe...gambar ini melambangkan keadaan saya sekarang...Kejar sana...kejar sini..habis semua tonggang terbalik...semua gara2 tempahan durian crepe yang semakin bertambah...Alhamdulillah

Tapi disini saya ingin perbetulkan balik jadual waktu yang sesuai untuk semua customer saya yg nak datang pick up durian crepe..Bukan apa bila ada jadual macam teratur sikit urusan kerja saya.Tak lah terkejar kejar mencuri masa untuk keluar membeli keperluan bakery dan urusan lain..Rumah tangga pun perlu dijaga..Makan pakai perlu diuruskan...Suami dan anak nak juga dilayan kan...hehe ok selepas ini semua customer hanya boleh pick up durian crepe pada waktu ini sahaja:


SIANG: 10.00PG HINGGA 3.00 PETANG

MALAM: 8.30 MALAM HINGGA 11.00 MALAM

so ok la kan...adil untuk semua rasanya..Sebab jangkamasa waktu siang untuk pick up dc ada 5 jam..Boleh datang bila2 masa sahaja.Tapi kalau selepas pukul 3 sila datang ambil durian crepe waktu malam..Tapi kalau ada sebarang masalah boleh buat rundingan dengan saya.Biasanya selepas pukul 5 ke atas saya kompem tak ada sebab nak kena ambil anak  dan juga beli barang keperluan termasuklah urusan2 lain yang seangkatan dengannya.Semoga semua customer saya dapat bagi kerjasama ini sebaik mungkin.Kesian la kat saya na...

Ok seperti biasa esok masih ada durian crepe untuk anda.Sesiapa yang berminat sila booking segera ya..

JOM RAMAI RAMAI RAMAI MAKAN DURIAN CREPE..

YANG DAH RASA KEBANYAKAN 
 NYA SUDAH PUN REPEAT ORDER...

YANG BELUM JANGAN TERLEPAS..

DAPATKAN DURIAN CREPE YANG ASLI 

DI SANTAI BAKERY ALOR STAR KEDAH.

UNTUK BOOKING SMS

 0195566558
TQ




DURIAN CREPE...BAK GORENG PISANG PANAS...

Tuesday, 13 November 2012 0 comments
Salam dan alooooo semua.
Salam rabu.
Hehe hari nak update sikit sale pasal durian crepe.
Pada yang dah berkunjung ke teratak saya untuk membeli durian crepe terima kasih diucapkan..
Semenjak tsunami durian crepe melanda negara kita nie...saya memang tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan durian crepe setiap hari

Hehe teringat gelagat customer yang datang.

Macam2 persoalan masa ambil DC nie..mula2 nak ambil satu pack jer untuk rasa.Sekali dah balik rumah call balik ..."kak ada lagi tak?saya tak sempat rasa la...nak lg 3 pack boleh?" hehe ampun..dh sold out.Baru jer ada customer call dah booked semua balance yang ada...

Dah macam jual "goreng pisang panas"...Siap jer DC dan publish jer kat facebook terus ada yang call dan sms mintak booking.

Nak tengok lagi gelagat customer saya ..jom baca sms dorang selepas dapat DC

CUSTOMER 1:

"Salam.. kak..durian crepe kak mmg sedap sgt2 xsampai 5min hbs kak..sy xsempt rs huhu.. kak nk tambh order 4ktk ag (16ketul) ble x..

CUSTOMER 2:

Sdp sgguh durian crepe..tq kak..nt leh order lg:)

CUSTOMER 3:

Sorry saya lupa nak tny nama tadi.. saya aida yg beli durian crepe tadi..dah makan dan memang the best...sedap sngguh..anak saya suka sgt...kalau nak beli lagi saya akan call....tq

 Hehe sambil tersenyum la saya mengkrip durian nie hari2 kan...seronok buat DC nie sebab ramai customer suka.

Sebelum terlupa saya nak maklumkan kepada yang belum pernah cuba dan tengok durian crepe saya..saya jual DC (singkatan kepada durian crepe) ini dengan harga 4pcs rm10.Pan size 20cm.Bukan yang kecik2 tu.Sebab ada jugak yang confused tanya...kenapa ada bakers yang jual 6pcs rm10.Saya kata semua bakers berhak untuk menentukan size jualan DC masing2..Cuma saya lebih suka dengan size yang besar nie sebab rasa puas bila makan.Boleh gigit 3,4 kali..so terpulang la pada customer untuk menilai yang mana satu pilihan size DC yg terbaik untuk dibeli.

Ok untuk lebih detail..jom tengok pic yang saya ambil ni...

ini ukuran untuk DC saya

Kalau letak atas jari..lebih kurang size ni




Ok..semoga semua customer berpuas hati..Untuk yang teringin nak rasa boleh order atau booking dulu.Saya akan buka order hari selasa depan 20/112012. Saya bercuti hari ni (rabu 14/11/2012 sehingga isnin 19/11/2012)









DURIAN CREPE.....OH DURIAN CREPE

Saturday, 10 November 2012 4 comments
Salam..
Hari ni nak enterprem sibuah hati pengarang jantung Durian Crepe nie..hehe kenapa die jadi sangat special?....
sebab kami sekeluarga sangat...sangatttttt..sangattttt suka dengan durian crepe ni.
Durian crepe ni adalah sejenis dessert yang dimakan masa sejuk.Maksudnya lepas siap buat bubuh dalam peti ais baru makan...perghhhhh memang sedap.
Diperbuat daripada 5 jenis tepung untuk adunan kulitnya yang sangat nipis.lapisan cream dicampurkan dengan isi durian yang fresh...kemudian balut la die menjadi sebiji bantal yang comel.

Ramai yang tanya...apa ni?macam mana rasa die?keras ke?

Haha durian crepe ni teksture nya lembut.Bila pegang kulit tu terasa gebunya DC ini.
Biasanya berwarna kuning sebab nak matchkan dengan namanya iaitu "durian crepe" ala ala warna durian la kan...Kaya dengan rasa durian.Sebab guna isi durian yang fresh.Ada yang cakap tak payah makan durian pun tak pa bila dh makan durian crepe ni.haha

Menjadi sebutan dan kegilaan ramai dikalangan penggemar durian diserata donia....(haha iklan mantopppp)

Jadi bagi sesiapa yang masih ragu2 dengan durian crepe ni dan ingin mencuba menikmati keenakan durian crepe boleh la hubungi saya.Insyaallah sentiasa ada stok.4pcs rm10 sahaja.Setakat hari ini belum ada lagi yang ambil 1 pack...majoriti ambil 2 pack ke atas.. sebab takut menyesal hik hik..

jom layan pic pulak..

DC yang dah pack untuk customer

1 pack 4pcs rm10.

oh durian crepe yang mabelesss

yang ni posing dalam pinggan cantik sket:)

durian crepe dengan duriannya...

Bila makan die jadi macam ni..

yang putih tu cream die..bawah cream tu ada isi durian..

ok sekian dulu..Selamat menjamu mata..
untuk menjamu selera sila hubungi saya 0195566558..
tq

Modul baru...DURIAN CREPE,VANILLA MILLE CREPE,TIRAMISU MILLE CREPE & JAPANESE CRISPY CREAM PUFF

Sunday, 4 November 2012 2 comments
Salam..
buah tangan terbaru dari santai bakery...durian crepe,vanilla mille crepe,tiramisu mille crepe dan japanese crispy cream puff.
Jaminan tinggi terhadap durian crepe..anda pasti tak akan kecewa..hehe mabeles ya amat.
Insyaallah dh boleh terima tempahan.Cuma keadaan durian sekarang yg tidak menentu maka saya akan ambil tempahan sekiranya stok durian ada.insyaallah
Sekarang layan gambar dulu ye..
Durian crepe

Vanilla mille crepe

Tiramisu mille crepe




model...japanese crispy cream puff

sekawan cream puff...sedap n crispy