Tempahan dari Tika..Kuzek dan Kak ila

Monday 30 April 2012 0 comments
Salam semua..
Hari ni sangat2 letih dan lenguh jari jemari..hehe tapi besttt.
Sempat jugak meyiapkan pavlova,birthday cake dan jugak cream puff..
Al kisahnya...cream puff ni last minute order dari kuzek..Memandangkan esok hari buruh ...semua orang cuti..so saya setuju jugak la untuk siapkan cream puff ni.Mula mula nak suruh die ambil esok jer..tapi cam rugi masa pulak.Baik bercuti sungguh2 kann..So dah alang2 mengadap oven panas ni terus je la bancuh adunan cream puff pulak..
Pukul 8.15 pm barulah semuanya selesai...Alhamdulillah
Inilah antara hasil kerja saya hari ini..
2 layer RM65
sedia untuk dibawa pulang...
Cream Puff 25pcs RM15


Italian Rainbow Cake




Farisa & Faris...baby twin yg sgt comel..bestnya dapat twin

Wedding Cake

0 comments
Salam semua..
Hari ni ada satu lagi tempahan wedding cake datangnya dari pn Azah

Chocolate Indulgence

Tuesday 24 April 2012 0 comments
Salam n selamat pagi semua..
Ni baru berkesempatan nak update entry baru..
Hari tu ada sorang customer ni order cake chocolate indulgence..
Lepas siapkan cake customer ni orang dalam rumah pulak mintak buatkan untuk makan2 kat rumah..so dapatlah siapkan dua biji chocolate indulgence..
Step 1

Step 2
Step 3
Done....Choc Indulgence

Sekian..setakat ini dahulu buat sementara waktu..akan datang insyaallah akan diupload lagi gambar kek baru ok..
bye

PAVLOVA

Tuesday 3 April 2012 2 comments
Salam semua..
Semalam selesai lagi satu tempahan dari Kak Ila Keindah..Kesian kak ila nie awal pagi semalam die ada call untuk postpone tempahan ni memandangkan die terpaksa balik kerja lewat.Tapi disebabkan hp saya yg tertinggal dalam bilik so saya tak tahu pulak saper yg missed call tu.Biasanya kalau no office memang saya jarang call balik.Sb biasa sangat dapat call dari bank la,insurans la..maleh nak layan..
So sampai waktunya tepat pukul 5.30 siap la pavlova ni.Tunggu punya tunggu...tuan puya badan tak muncul2..Sekali pukul 7 baru dapat call dari kak ila yg die mintak tolong hantar pavlova ni kat office sb die sibuk sangat+balik lewat.Pukul 8 mcm tu barulah pavlova ni sampai ke tangan Kak ila..thanks kak ila untuk tempahan pavlova ni. Special untuk celebrate bufday hubby die katanya..Diharap kak ila n suami suka dengan pavlova ni.Terima kasih sekali lagii.




Add caption

Yang ini pulak tempahan dari Harlini...







  


Cream Puff..

0 comments
Salam semua ..
Hari ni nak tunjuk cream puff yang baru jer siap..
Fresh from oven...sedap..lembut..gebu..yang paling penting filling die (cream) yang sedap sangat..
cream puff with special filling

berdua..
cream puff 25 pcs rm15
Sesuai sangat untuk minum petang,untuk hidangan di majlis harijadi atau pun untuk buah tangan kepada kawan kawan ataupun sedara mara.Ok tempahan dibuka.Hanya rm15 untuk 25pcs.

Pavlova menyerang..

Monday 2 April 2012 0 comments
Hehe sajer buat gempak sikit..Tempahan untuk Pavlova dibuka..
Memandangkan ada customer yang request untuk pavlova..So saya terus borong buah buahan segar lagi berkhasiat ini..
Buah buahan segar dari ladang..
Tempahan dibuka..Pavlova satu layer rm40...Dua layer rm65.

Entry yang Tertunggak..

0 comments
salam semua..
sebenarnya lama dah duk simpan gambar2 sepanjang kelas yang saya ambil baru2 ni..
Gabungan 4 modul kelas..Kelas barbie doll,Fondant cake,Figurine dan gum paste flower..Kesemua kelas ni mengambil masa 2 minggu untuk dihabiskan..Ini semua gara2 urusan kerja saya yang tidak dapat dielakkan.nasib baik cikgu tak marah ok..
Kesemua modul ini dapat dihabiskan dalam masa 3 hari.Susah ok nak buat semua ni..Patut la mahal sangat kalau order kek fondant kan..mesti teliti dan banyak bersabar. Jiwa kena kental untuk menghadapi kerenah fondant ni.
Jom layan gambar hasil pertapaan 3 hari di Tiara Cuppies.

Kek Fondant
Yang kat atas ni sesuai sangat untuk sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan sebagai kek hantaran atau pun majlis perkahwinan.


Yang ini pulak  barbie doll cake..sesuai untuk kek harijadi buat si anak gadis..



Inilah kelas Gum paste flower yang amat2 memerlukan ketelitian dan kesabaran yang amat sangat..renyah sikit buat bunga ni dan memakan masa..So bagi sesiapa yang berhajat untuk membuat tempahan kek dengan hiasan gum paste flower ni sila buat tempahan awal yer..

Bunga orkid..cantik kan

Bunga rose..sesuai untuk hantaran.Letak atas cupcake

Bunga lagi..
Dan lagi..

Ok..yang terakhir adalah kelas figurine.Jom layan gambar figurine

Angry bird
Hensem boy
set hantaran..sesuai untuk cupcake
Ok..selesai sudah semua kelas fondant saya..Semua fondant ni diperbuat daripada gula ok...halal dan boleh dimakan...Tetiba teringat kat hamba Allah sorang ni yang sangat daif tentang fondant dan memandai mandai mereka cerita kononnya kek fondant mempunyai alkohol.
Sedangkan die mengetahui si pembuat kek ini adalah seorang muslim yg taat pada agamanya.Habis seluruh ahli keluarga dicanangnyer tentang kek fondant yg kononnya mengandungi alkohol tadi...
Jadi ingin saya jelaskan disini bahawa fondant ni adalah diperbuat daripada gula dan halal.Ramai dah orang islam kita yang berjaya dalam dunia bakery termasuklah dalam seni menghias kek ini menggunakan fondant yang dihasilkan sendiri.Halal dan terjamin..
Sekian

Lagi tempahan coklat supermoist

0 comments
Salam semua..
Tempahan kali ni dari kawan anis a.k.a Anne (nama baru)..
Last week awal2 dah bagitahu kawan die nak order chocolate moist ni untuk makan2 katanya..
so..inilah keknya..