Pavlova untuk WARGA SAUK KUALA KANGSAR..

Wednesday, 17 February 2016 0 comments

Tempahan pavlova dari kawan-kawan,jiran dan kenalan dikampung saya.Masa ni kebetulan nak balik kampung saja la tanya kalau2 ada yang nak cuba makan pavlova....alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan.Daro 20 bekas bertambah ke 30 bekas pavlova.Manakala choc moist cake pula sempat buat 20 bekas sahaja.semua pun sold out sekelip mata muahhhhhh terima kasih semua.Lepas ni boleh la ambik order lagi time nak balik kampung nanti kan.

hubungi saya lynn radzi
0195566558





Tempahan Cupcakes Hantaran dari Rani

0 comments
Size S 16 pcs rm90


Ok ni adalah cupcakes hantaran dari Rani untuk bakal tunang beliau iaitu Vicky.kepada yang berminat boleh hubungi saya lynn 0195566558.

Chocolate moist cake santai bakery yang sedap dan mabelesssss....

0 comments
Assalammualaikum dan salam sejahtera

Lamanya saya tak bersiaran.maaf yer andai ada yang datang bertandang setiap hari hihi.Ok sepanjang bulan FEBRUARI ni saya sedang fokus untuk jualan chocolate moist cake kami.Saya rasa semua orang patut cuba hihi.Bukan puji diri sendiri tapi saya sendiri suka dengann teksture dan keenakan chocolate yang meleleh di dalam bekas chocolate moist cake ni.Setakat ini alhamdulillah kami telah pasarkan chocolate moist cake ni di 10 buah kedai makan antaranya

1.Paksu Nasi berlauk area Tandop,
2.Kak Ton recipe Jalan Pegawai sebelah farmasi RPS kalau tak silap,
3.Damiral Grill dan masakan kampung dekat Jalan Pegawai jugak,
4.Restoran Atap Rumbia dekat bawah fly over dekat Star Prade,
5.Dee Pumpong Nasi Kampung,
6.Restoran Syahadah
7.Kedai Makan Pumpong dekat bawah pokok dekat2 dengan area Dee Pumpong jugak,
8.Kedai Makan Wisma SAB 96 dekat Wisma Anak Bukit tu.Ada dua kedai satu yang Atap hijau kuning dan meja oren dan satu lagi ada tulis ...
9.SAB 96.
10.Restoran Pak Ein Selera Kampung dekat dengan sekolah Convent.Kedai ni sebelah kedai mamak yang dekat traffic light tu.


Jom tengok gambar pulak..







Yang berminat nak buat doorgift majlis kenduri kahwin,hari jadi anak2 atau sebarang jamuan dipejabat juga bioleh buat tempahan chocolate moist cake ni sesuai sangat.Boleh juga adjust size untuk dapatkan harga mengikut budget anda.


hubungi saya
lynn radzi
0195566558

KEK BATIK

Tuesday, 26 January 2016 0 comments
Assalammualaikum dan salam sejahtera





Nak perkenalkan produk baru kami iaitu KEK BATIK.Kek yang biasa2 sahaja namanya tapi sangat luar biasa la bagi saya.Saya memang suka makan kek batik ni.Sebelum ni belum lagi dapat hasilkan tektur yang mengikut selera tekak saya.Kali ni rasa dah perfect sangat.Teruja sangat nak ambil order.Kalau berminat nak buat makan-makann minum petang bersama keluarga atau sanak saudara boleh la order dengan saya.nak buat sendiri pun boleh tapi kalau masa tu terhad dan takut2 tak menjadi apakata order jer mudah dan jimat masa betol tak?



Sebarang tempahan boleh hubungi saya lynn radzi 0195566558



OPEN ORDER

Sunday, 17 January 2016 0 comments






OPEN ORDER
ISNIN 18 JAN 2016 
PAVLOVA RM10/pcs
1.Fatin 5pcs(malam)
2.
3.
4.
5.



SELASA 19 JAN 2016
CREAMPUFF rm20 1 set (ada 25pcs)
1.Fatin 1 set
2.
3.
4.
5.


RABU 20 JAN 2016
PAVLOVA rm10/pcs
1.
2.
3.
4.
5.


KHAMIS 21 JAN 2016
CREAMPUFF RM20/1 set(25pcs)
1.
2.
3.
4.
5.


Yang berminat sms/whatsapp saya utk saya masukkan nama.SERIUS BUYER ONLY!
Yang order dan tak ambik order selepas pukul 6 ptg saya akan lelong pada orang lain jika tiada sebarang pesanan utk ambil lewat dan sebagainya.tq

 
lynn radzi
0195566558

SABTU 16 JAN 2016

0 comments
Hari sabtu lepas saya sempat buat kelas personal dengan syirin.Syirin ni seorang nurse di Hospitl Sultnah Bahiyah.Dulu die pernah order kek pecan heaven ni dengan saya untuk majlis perkahwinan sepupu die.So masa tu dapat ras sikit jer.Sedap sangat katanya terus die request nak minta kelas personal.Senang nak tanya macam2 berbanding dengan kelas secara berkumpulan katanya.So jom tengok hasil kek kelas syirin ni.Kek ni agak renyah sikit tapi sangat sedap.



Terima kasih syirin sudi datang menuntut ilmu dengan akak.Semoga syirin berpuas hati.Lepas ni dah boleh ambik order gang hospital pulak hihi.



Yang ni pulak tempahan yang sempat saya siapkan untuk majlis sambutan hari jadi anak seorang customer saya.Creampuff 50pcs dan pavlova.Sayang sangat tak sempat nak snap gambar pavlova kelam kabut sikit masa ni.Terima kasih kak sudi order dengan saya.Semoga akak berpuas hati.



January ni saya bg harga kasih sayang.Siapa nak order meh cepat hubungi saya.0195566558

KELAS PROMOSI SEMPENA TAHUN BARU 2016

Sunday, 3 January 2016 0 comments
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.


haaa nak bagi cuci mata dulu..ni kelas yang bakal diadakan.










KELAS (PROMOSI TAHUN BARU)
CREAMPUFF DAN PAVLOVA
TARIKH:22 JAN 2016
HARI:JUMAAT
YURAN:RM100 (NORMAL RM150)
MASA:9 PG HINGGA SELESAI
DEPOSIT: RM50 BANK IN KE ACC
MAYBANK 158097716440
NOORAZLYN MD RADZI

1.
2.
3.
4.
5.

Ok saya nak umumkan kelas pertama saya bulan ni iaitu kelas CREAMPUFF DAN PAVLOVA.Buat makluman semua kelas ni adalah ibu duit bagi saya.Kedua2nya mendapat sambutan hangat daripada customer.Sekali beli pasti ulang lagi.Creampuff dengan rasa rangup dan garing diluar tapi lembut didalam.Kalau dah sejuk punn masih sama rangupnya.Jangan risau.Saya akan ajar cara bagaimana untuk mendapatkan permukaan creampuff yang keras tidak jatuh apabila sejuk.Terbentuk cantik jer bentuk creampuff tu.Filling die pula adalah dari kastard yang berlemak krim.Bukan kastad keras yer hihi.wajib cuba dua produk ni.Creampuff ini juga saya selalu dapat tempahan untuk majlis kenduri kesyukuran,jamuan,perkahwinan dan hari jadi.Ada juga yang saja beli untuk makan-makan dalam kereta untuk perjalanan yang jauh.

Resepi kedua iaitu Pavlova.Siapa tak pernah makan pavlova memang rugi.Dessert omputih yang dah femes lama dah kat Mesia nih.Lagi rugi kalau korang tak belajar buat menggunakan resepi yang mabeles ni.Tekstur pavlova yang rangup tu sangat enak dinikmati bersama buah-buahan masam.Paling special adalah kastard filling yang saya gunakan memang ngam sangat bila digigit bersama disc pavlova tadi tau.bagi yang belum tahu disc pavlova ada rasa manis sikit.So bila makan dengan filling dia dan buah masam tu memang terangkat habis.1st time saya makan dulu memang terus ambik 2 slices sedap ya amat serius.Datang la belajar mana tahu selain untuk dijamu buat kelurga tersayang boleh juga buat jualan harian untuk kawan-kawan kan.Saya akan tunjukkan teknik yang betul cara untuk menghasilkan disc yang tidak jatuh.Ada teknik dia tau.Kalau nak tahu jom join kelas bersama saya bulan ini.