KEK BATIK

Tuesday, 26 January 2016 0 comments
Assalammualaikum dan salam sejahtera





Nak perkenalkan produk baru kami iaitu KEK BATIK.Kek yang biasa2 sahaja namanya tapi sangat luar biasa la bagi saya.Saya memang suka makan kek batik ni.Sebelum ni belum lagi dapat hasilkan tektur yang mengikut selera tekak saya.Kali ni rasa dah perfect sangat.Teruja sangat nak ambil order.Kalau berminat nak buat makan-makann minum petang bersama keluarga atau sanak saudara boleh la order dengan saya.nak buat sendiri pun boleh tapi kalau masa tu terhad dan takut2 tak menjadi apakata order jer mudah dan jimat masa betol tak?



Sebarang tempahan boleh hubungi saya lynn radzi 0195566558



OPEN ORDER

Sunday, 17 January 2016 0 comments






OPEN ORDER
ISNIN 18 JAN 2016 
PAVLOVA RM10/pcs
1.Fatin 5pcs(malam)
2.
3.
4.
5.



SELASA 19 JAN 2016
CREAMPUFF rm20 1 set (ada 25pcs)
1.Fatin 1 set
2.
3.
4.
5.


RABU 20 JAN 2016
PAVLOVA rm10/pcs
1.
2.
3.
4.
5.


KHAMIS 21 JAN 2016
CREAMPUFF RM20/1 set(25pcs)
1.
2.
3.
4.
5.


Yang berminat sms/whatsapp saya utk saya masukkan nama.SERIUS BUYER ONLY!
Yang order dan tak ambik order selepas pukul 6 ptg saya akan lelong pada orang lain jika tiada sebarang pesanan utk ambil lewat dan sebagainya.tq

 
lynn radzi
0195566558

SABTU 16 JAN 2016

0 comments
Hari sabtu lepas saya sempat buat kelas personal dengan syirin.Syirin ni seorang nurse di Hospitl Sultnah Bahiyah.Dulu die pernah order kek pecan heaven ni dengan saya untuk majlis perkahwinan sepupu die.So masa tu dapat ras sikit jer.Sedap sangat katanya terus die request nak minta kelas personal.Senang nak tanya macam2 berbanding dengan kelas secara berkumpulan katanya.So jom tengok hasil kek kelas syirin ni.Kek ni agak renyah sikit tapi sangat sedap.



Terima kasih syirin sudi datang menuntut ilmu dengan akak.Semoga syirin berpuas hati.Lepas ni dah boleh ambik order gang hospital pulak hihi.



Yang ni pulak tempahan yang sempat saya siapkan untuk majlis sambutan hari jadi anak seorang customer saya.Creampuff 50pcs dan pavlova.Sayang sangat tak sempat nak snap gambar pavlova kelam kabut sikit masa ni.Terima kasih kak sudi order dengan saya.Semoga akak berpuas hati.



January ni saya bg harga kasih sayang.Siapa nak order meh cepat hubungi saya.0195566558

KELAS PROMOSI SEMPENA TAHUN BARU 2016

Sunday, 3 January 2016 0 comments
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.


haaa nak bagi cuci mata dulu..ni kelas yang bakal diadakan.










KELAS (PROMOSI TAHUN BARU)
CREAMPUFF DAN PAVLOVA
TARIKH:22 JAN 2016
HARI:JUMAAT
YURAN:RM100 (NORMAL RM150)
MASA:9 PG HINGGA SELESAI
DEPOSIT: RM50 BANK IN KE ACC
MAYBANK 158097716440
NOORAZLYN MD RADZI

1.
2.
3.
4.
5.

Ok saya nak umumkan kelas pertama saya bulan ni iaitu kelas CREAMPUFF DAN PAVLOVA.Buat makluman semua kelas ni adalah ibu duit bagi saya.Kedua2nya mendapat sambutan hangat daripada customer.Sekali beli pasti ulang lagi.Creampuff dengan rasa rangup dan garing diluar tapi lembut didalam.Kalau dah sejuk punn masih sama rangupnya.Jangan risau.Saya akan ajar cara bagaimana untuk mendapatkan permukaan creampuff yang keras tidak jatuh apabila sejuk.Terbentuk cantik jer bentuk creampuff tu.Filling die pula adalah dari kastard yang berlemak krim.Bukan kastad keras yer hihi.wajib cuba dua produk ni.Creampuff ini juga saya selalu dapat tempahan untuk majlis kenduri kesyukuran,jamuan,perkahwinan dan hari jadi.Ada juga yang saja beli untuk makan-makan dalam kereta untuk perjalanan yang jauh.

Resepi kedua iaitu Pavlova.Siapa tak pernah makan pavlova memang rugi.Dessert omputih yang dah femes lama dah kat Mesia nih.Lagi rugi kalau korang tak belajar buat menggunakan resepi yang mabeles ni.Tekstur pavlova yang rangup tu sangat enak dinikmati bersama buah-buahan masam.Paling special adalah kastard filling yang saya gunakan memang ngam sangat bila digigit bersama disc pavlova tadi tau.bagi yang belum tahu disc pavlova ada rasa manis sikit.So bila makan dengan filling dia dan buah masam tu memang terangkat habis.1st time saya makan dulu memang terus ambik 2 slices sedap ya amat serius.Datang la belajar mana tahu selain untuk dijamu buat kelurga tersayang boleh juga buat jualan harian untuk kawan-kawan kan.Saya akan tunjukkan teknik yang betul cara untuk menghasilkan disc yang tidak jatuh.Ada teknik dia tau.Kalau nak tahu jom join kelas bersama saya bulan ini.

KEDAI DIBUKA...

Wednesday, 30 December 2015 0 comments


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Wah berabuk-rabuk dah blog ni kena tinggal hihi.Apa khabar semua.semoga semuanya sihat-sihat belaka.Ok saya cuma nak buat pengumuman ringkas jer 






TEMPAHAN DAN KELAS MASAKAN KEK KINI DIBUKA MULAI JAN 2016

So kepada sesiapa yang dah lama rindu dengan kek dan dessert dari SANTAI BAKERY boleh hubungi kami untuk tempahan k.

Buat masa ni saya masih lagi dalam proses menyusun jadual untuk mengambil tempahan dan jadual untuk kelas personal dan berkumpulan.Semuanya akan saya update disini.TUNGGU yerrrrr..Tengah berkira-kira juga untuk membuat promosi produk dan kelas untuk BULAN PERTAMA sempena pembukaan ni.Stay tune k.

Saya nak bagi semua orang merasa sendiri kek yang sedap hasil air tangan sendiri.Bagi yang tidak ada masa untuk memasak boleh buat tempahan dengan saya.InsyaAllah kualiti masih sama seperti dulu.Saya juga berbesar hati untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan untuk memulakan perniagaan bidang bakery ini sebagai sumber pendapatan sampingan atau pun sumber pendapatan utama buat keluarga tersayang.

Bagi mana-mana student yang baru habis SPM,yang tengah cuti atau yang masih belum dapat kerja jom kita sama-sama belajar buat kek.Mana tau nanti boleh buat side income kan.hihihihi

Sila menjamu mata dulu.Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya lynn radzi 0195566558.

sekian.


I'M BACK......

Wednesday, 18 December 2013 0 comments
Assalammualaikum semua..
Sekian lama meninggalkan laman blog ni...bersawang-sawang dah saya tengok.....hihi
Apa khabar semua....apa khabra customer saya...Semoga sentiasa sihat dan ceria seperti biasa..
Lama menyepi bukanlah maknanya saya tak buat apa-apa...Saya ada cuma lebih memberi tumpuan kepada baby kecil yg diberi nama AIRIS ZARA..Baru berusia 3 bulan.Masih terlalu awal untuk saya tinggalkan die dekat nursery...So hasil perbincangan denga suami...Biarlah dulu saya jaga sehingga die besar sikit..At least sampai umur 6 bulan then barulah boleh nak sambung "membaking" hihihi...
Nak tengok baby baru tak...jommmmmm

masa nih baru keluar dari labour room

Si abang dengan nek wan..

bam..bam..3.8kg





good girl zara...


Masa ni 1st time die jumpa papa..so sweet zara..


Sepanjang pregnent memang saya pilih INS untuk chek up dan bersalin..Mesti ramai tahu kot sebab utama kat situ ada pakar bidan DR ANUAR HUSAINI..bagus Dr ni..Memang dari abang die dulu memang kitorang follow jer die..Start dr MAHSURI kat Jitra....PMC sampailah sekarang INS..Tapi nak compare antara semua tempat INS macam kurang selesa sikit tempat die...kecik.Tapi walau apa pun yang penting sekarang dah selamat semuanya.Baby pun dah masuk umur 3 bulan...

Jom tengok lagi perkembangan usia zara...

Rambut lebat tau...masa ni dalam pantang lagi.

Comel tak saya...:)

Opss...sedikit selingan ni gambar aufa masa die tunggu mama kat labour room.Good boy

Aufa tunggu mama kat bilik..

Muka siapa yer...

Ini semua gambar semasa berpantang..

Ok...ini sahaja dulu yer..nanti kita cerita lagi....Buat sementara waktu nih...kita layan dulu cerita-cerita baby dan kehidupan mejelang 2014 cewahhhhh..Baking...cake...durian crepe...pavlova..class dan yang seangkatan kita sambung nanti k.

Usia anak dari selepas bersalin sehingga ke satu tahun adalah saat yang manis sangat.Sayang sangat kalau terlepas saat ini.So saya ambil keputusan untuk melihat sendiri perkembangan mereka di depan mata saya.Mana mungkin saat ini saya biarkan anak saya diasuh oleh orang lain...Family 1st.Tak ramai parents yang ada kualiti masa untuk diluangkan bersama anak.Rugi rasanya kalau dibiarkan saat ini berlalu mcm tu sahaja....Best tau...

Sekian...











BEREHAT SEKETIKA.....

Sunday, 3 February 2013 0 comments
Salam semua..
Lama dah saya tak update blog.Tujuan entry ini ditulis adalah untuk memaklumkan kepada semua customer saya bahawa buat sementara waktu ini saya akan berehat seketika dari mengambil tempahan.Banyak panggilan yg saya terima dari customer..maaf sekali lagi kerana tidak dapat memenuhi kehendak anda semua buat sementara waktu ini
Terima kasih pada yang sudi berkunjung ke blog ini  dan tak jemu bertanyakan tentang durian crepe,kelas serta tempahan lain.... Insyaallah ada rezeki nanti saya akan buat balik k.
Alhamdulillah...tahun ini rezeki kami bertambah...Seorang lagi cahaya mata akan lahir tahun ni.
Kandungan kedua yg mencecah usia 6minggu ini perlu dijaga sebaiknya...Doktor juga menasihatkan saya untuk berehat buat seketika memandangkan tekanan darah saya rendah dan mengalami sedikit alahan.Insyaallah selepas kesihatann saya pulih sepenuhnya saya akan beroperasi semula seperti sediakala.Segalanya saya akan maklumkan dilaman blog ini.
Sekian
tq:)