PAVLOVA

Tuesday, 3 April 2012 2 comments
Salam semua..
Semalam selesai lagi satu tempahan dari Kak Ila Keindah..Kesian kak ila nie awal pagi semalam die ada call untuk postpone tempahan ni memandangkan die terpaksa balik kerja lewat.Tapi disebabkan hp saya yg tertinggal dalam bilik so saya tak tahu pulak saper yg missed call tu.Biasanya kalau no office memang saya jarang call balik.Sb biasa sangat dapat call dari bank la,insurans la..maleh nak layan..
So sampai waktunya tepat pukul 5.30 siap la pavlova ni.Tunggu punya tunggu...tuan puya badan tak muncul2..Sekali pukul 7 baru dapat call dari kak ila yg die mintak tolong hantar pavlova ni kat office sb die sibuk sangat+balik lewat.Pukul 8 mcm tu barulah pavlova ni sampai ke tangan Kak ila..thanks kak ila untuk tempahan pavlova ni. Special untuk celebrate bufday hubby die katanya..Diharap kak ila n suami suka dengan pavlova ni.Terima kasih sekali lagii.




Add caption

Yang ini pulak tempahan dari Harlini...







  


Cream Puff..

0 comments
Salam semua ..
Hari ni nak tunjuk cream puff yang baru jer siap..
Fresh from oven...sedap..lembut..gebu..yang paling penting filling die (cream) yang sedap sangat..
cream puff with special filling

berdua..
cream puff 25 pcs rm15
Sesuai sangat untuk minum petang,untuk hidangan di majlis harijadi atau pun untuk buah tangan kepada kawan kawan ataupun sedara mara.Ok tempahan dibuka.Hanya rm15 untuk 25pcs.

Pavlova menyerang..

Monday, 2 April 2012 0 comments
Hehe sajer buat gempak sikit..Tempahan untuk Pavlova dibuka..
Memandangkan ada customer yang request untuk pavlova..So saya terus borong buah buahan segar lagi berkhasiat ini..
Buah buahan segar dari ladang..
Tempahan dibuka..Pavlova satu layer rm40...Dua layer rm65.

Entry yang Tertunggak..

0 comments
salam semua..
sebenarnya lama dah duk simpan gambar2 sepanjang kelas yang saya ambil baru2 ni..
Gabungan 4 modul kelas..Kelas barbie doll,Fondant cake,Figurine dan gum paste flower..Kesemua kelas ni mengambil masa 2 minggu untuk dihabiskan..Ini semua gara2 urusan kerja saya yang tidak dapat dielakkan.nasib baik cikgu tak marah ok..
Kesemua modul ini dapat dihabiskan dalam masa 3 hari.Susah ok nak buat semua ni..Patut la mahal sangat kalau order kek fondant kan..mesti teliti dan banyak bersabar. Jiwa kena kental untuk menghadapi kerenah fondant ni.
Jom layan gambar hasil pertapaan 3 hari di Tiara Cuppies.

Kek Fondant
Yang kat atas ni sesuai sangat untuk sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan sebagai kek hantaran atau pun majlis perkahwinan.


Yang ini pulak  barbie doll cake..sesuai untuk kek harijadi buat si anak gadis..



Inilah kelas Gum paste flower yang amat2 memerlukan ketelitian dan kesabaran yang amat sangat..renyah sikit buat bunga ni dan memakan masa..So bagi sesiapa yang berhajat untuk membuat tempahan kek dengan hiasan gum paste flower ni sila buat tempahan awal yer..

Bunga orkid..cantik kan

Bunga rose..sesuai untuk hantaran.Letak atas cupcake

Bunga lagi..
Dan lagi..

Ok..yang terakhir adalah kelas figurine.Jom layan gambar figurine

Angry bird
Hensem boy
set hantaran..sesuai untuk cupcake
Ok..selesai sudah semua kelas fondant saya..Semua fondant ni diperbuat daripada gula ok...halal dan boleh dimakan...Tetiba teringat kat hamba Allah sorang ni yang sangat daif tentang fondant dan memandai mandai mereka cerita kononnya kek fondant mempunyai alkohol.
Sedangkan die mengetahui si pembuat kek ini adalah seorang muslim yg taat pada agamanya.Habis seluruh ahli keluarga dicanangnyer tentang kek fondant yg kononnya mengandungi alkohol tadi...
Jadi ingin saya jelaskan disini bahawa fondant ni adalah diperbuat daripada gula dan halal.Ramai dah orang islam kita yang berjaya dalam dunia bakery termasuklah dalam seni menghias kek ini menggunakan fondant yang dihasilkan sendiri.Halal dan terjamin..
Sekian

Lagi tempahan coklat supermoist

0 comments
Salam semua..
Tempahan kali ni dari kawan anis a.k.a Anne (nama baru)..
Last week awal2 dah bagitahu kawan die nak order chocolate moist ni untuk makan2 katanya..
so..inilah keknya..

Tempahan..

Friday, 30 March 2012 1 comments
Salam  semua..
Ini adalah antara tempahan yang saya ambil baru baru ini..


Yang ni adalah tempahan dari puan (errr..ampun lupa dah nama customer ni..).Dia nak celebrate bufday maknya di menara pukul 8 malam..so sblm pukul 7 selamat la kek ni sampai di kaunter menara Alor Star tu..Thanks akak.



Ok yang ni pulak tempahan dari Puan Sandri..Die sendiri yang buat tempahan ni untuk majlis perkahwinan anak lelakinya.Sebelum buat tempahan ni die order dulu carrot cake untuk makan makan kat rumah katanya..hehe sekali rasa terus order untuk tempahan wedding cake ni.die cakap carrot cake tu sedap sangat..Senang berurusan dengan Puan Sandri ni..Dia mintak buatkan cake marble untuk wedding cake ni.Alhamdulillah selepas selesai majlis anak puan sandri cakap "sedap... boleh tempah lagi lain kali"..hehe ini die cakap sendiri ye bukan saya reka..Tq Puan Sandri.

Coklat supermoist cake
Yang ni pulak tempahan dari Kak Liza..Last minute order..kebetulan time kak liza cal ni hp saya problem sikit..so berhubung melalui fb sahaja.Apa apa pun thanks kak liza kerana sudi membuat tempahan..

So ini sahaja tempahan yang saya sempat snap gambar.Untuk tempahan carrot memang tak sempat nak snap memandangkan buat last minute..Masuk kali ni dah 3 kali buat carrot cake last minute ni.hehe so kelam kabut sikit sampai tak sempat nak ambil pic..Tak per next time ada lagi...

PACKAGE PERKAHWINAN

Tuesday, 6 March 2012 0 comments
Salam semua..
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya..
Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi musim cuti sekolah akan bermula.
Maka ramai juga lah yang bertanyakan kepada saya berkaitan harga package perkahwinan dan doorgift untuk majlis kenduri yang akan berlangsung..
Buat semua customer yang saya kasihi sila rujuk harga package perkahwinan di sini atau email atau hanya meninggalkan khidmat pesanan ringkas (sms) ke nombor handphone saya.
Ini adalah untuk memudahkan urusan saya untuk memberi penerangan berkaitan harga yang ditawarkan.
Saya tidak mampu untuk mengingati semua harga package dan produk yang saya tawarkan.
Sekali lagi mohon kerjasama dari anda semua.
tq..

PACKAGE PERKAHWINAN

Package A (kek hantaran)
 Butter Cake/Chocolate moist cake.(sebiji size 7")
Buttercream RM65
 Steam Buttercream RM75
Fondant RM120
*with simple deco
 *Caj tambahan dikenakan untuk sebarang perubahan/tambahan.
*Self pick up

Package B
2 Tier Cake ( cake 2 tingkat) 
 Butter Cake/Chocolate moist cake
Bawah:
(cake bulat size 10")
Atas:
(cake bulat size 7")
Buttercream RM150
Steam Buttercream RM180
Fondant RM250..
*with simple deco.
 *Caj tambahan dikenakan untuk sebarang perubahan/tambahan.
*Self pick up

Package C
3 Tier Cake (cake 3 tingkat)
Butter Cake/Chocolate moist cake
Bawah
(cake bulat size 10")
Tengah
(cake bulat size 8")
Atas
(cake bulat size 6")
Free: cupcake 25 pcs size S
Buttercream RM230
Steam Buttercream RM260
Fondant RM350
 *Caj tambahan dikenakan untuk sebarang perubahan/tambahan.
 *Self pick up