SALAM AIDILFITRI...

Thursday, 30 August 2012
Salam semua...
Lamaaanyaaa tak update blog...sibuk sangat dengan tempahan biskut...makanya blog saya terabai seketika...dikesempatan ini masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin...
Kepada customer yang telah membuat tempahan biskut raya terima kasih tak terhingga diucapkan.Buat semua agent dan pembantu-pembantu saya sepanjang ramadhan haritu...terima kasih..jasa kalian tetap dikenang..Tahun depan insyaallah boleh sambung lagi hehe...Banyak sangat tempahan yang tak diduga...melebihi target asal...Alhamdulillah...Buat orang orang diperantauan yang nak order cookies raya akan datang call awal2 yer...hehe sebab ramai yang mintak untuk ambil biskut masa sampai kat kampung nanti...Tapi apakan daya...tempahan biskut terpaksa saya tolak untuk memberi laluan kepada customer yang dah booking awal.Insyaallah tahun depan boleh letak target yang lebih tinggi lagi..Kesian pada customer yang nak order tapi terpaksa tolak kerana takut tak dapat menyiapkan semua tempahan.
Buat penggemar kek juga...maaf sekali lagi terpaksa tolak order sebab tak cukup masa dan tenaga..Insyaallah untuk rumah terbuka ni tempahan kembali dibuka...Ramai juga yang bertanyakan sama ada saya ada menganjurkan kelas ke?....insyaallah akan diadakan.Tapi tungguuuu ye..hehe kena check selalu kat blog.Saya akan umumkan nanti kelas2 yang bakal beroperasi.Insyaallah apa yang saya ada akan dikongsikan kepada yang berminat..

Jom layan pic biskut raya sepanjang Ramadhan hari tu...


Yang kat atas ni sebahagian daripada proses menyiapkan biskut.Singkat sangat masa yang ada untuk menyiapkan tempahan yang banyak..Maka hanya ini sahaja gambar yang ada.Maaf ye staff2 ku yang lain...lupa la ambil gambar dari awal..Hari2 terkejar buat kerja.Antara yang berjasa menyiapkan tempahan biskut raya...Anis,Finas,Wanie,Maksu,Kak Ram,Fatin dan Yatie...Thanks semua.Jasamu ku kenang sampai bila bila....

Ini pulak adalah antara biskut yang telah siap dan sedia di ambil oleh agent agent...Last minute ambil gambar jugak..hehe biasa la kalut sana sini...kira itu ini...selamat menjamu mata..

Yang ini pulak sebahagian biskut yang dihantar ke Terengganu dan Kuantan untuk customer di sana...Alhamdulillah semua biskut sampa dengan selamat...


 

0 comments:

Post a Comment